Tuesday, March 17, 2009

Mat Sentul The Legend

Mat Sentul.Aku anggap dia ni legend.Rasanya ramai boleh setuju dgn aku.
Zaman 60an, filem Mat Sentul saja yg ideanya begitu katun.Orang mesti ketawa hingga terkentut kalau tonton filem dia.
Filem Mat Sentul aku paling favourite,"Mat Bond".

Spy bersepai.Pistol aku panjang melempai.
Oi Batman..oi Superman..Ultraman aku buat main main

Itu antara lirik lagu jenaka Mat Sentul dari filem "Mat Bond"

Cuma aku hairan kenapa orang2 dlm industri filem melayu hari ini semacam tak kenal Mat Sentul.Adakah sebab mereka fikir idea2 Mat Sentul yg begitu katun membuat dia di pandang leceh?Ah! banyak persoalan kalut dlm dunia berkaitan Melayu ni.Tak mau pikir la.

Satu hari Mat Sentul kebetulan berada di Jalan Hang Lekiu (spot busking di CM tu ler)
Aku terus menyapa dan bersalaman dgn dia.Kami berbual pada topik filem2 "Mat"nya.
Berbual topik 'iklan' kerepek jagung.Iklan 'Tora datang lagi..TORA!".Kami bergambar.Cuma aku terkilan kerana tak terlintas bertanyakan akan nama sebenarnya.Ceh! tapi tak pe..

Sila ke YouTube untok melihat filem2 Mat Sentul yg telah di upload oleh peminat2nya.

Mat Sentul.The living legend.